SYDNEY,  9 Mei – Tidak Bawa Balik…… KERAJAAN Malaysia tidak berhasrat untuk membawa pulang jenazah ketua militan Daesh Asia Tenggara Muhammad Wanndy Mohamed Jedi yang disahkan terbunuh di Syria, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Bagaimanapun, beliau berkata keluarga Muhammad Wanndy  boleh berbuat demikian   dengan perlu  berbincang dan berurusan  dengan pihak berkuasa di Syria.

“Kerajaan Malaysia telah dimaklumkan oleh pihak risikan antarabangsa berkenaan kematian Muhammad Wanndy dalam satu serangan dron.

“Kerajaan Malaysia) tidak ada perancangan untuk membawa pulang jenazahnya. Pihak keluarga (Muhammad Wanndy) boleh berbincang dengan pihak berkuasa di sana (Syria) (untuk membawa pulang jenazah),” katanya.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri dan kini dalam rangka lawatan kerja tiga hari di Australia bermula Ahad lepas, berkata demikian kepada media Malaysia di sini, hari ini.

Pada 29 April lepas, berita kematian Muhammad Wanndy tular di laman sosial selepas isterinya Nor Mahmudah Ahmad, 28, memuat naik status dalam laman Facebook memaklumkan suaminya itu meninggal dunia dalam satu serangan dron

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan perkara itu di laman rasmi Twitter semalam selepas membuat penelitian terhadap maklumat yang diperoleh. – WD MY