KANGAR 17 Sept. – KHAS …… Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menegaskan tidak mungkin akan diumumkan pembubaran Parlimen dalam Mesyuarat Khas yang akan dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak petang ini.

Ahmad Zahid meminta semua pihak tidak menyebarkan berita palsu.

“Saya sendiri terima mesej daripada rakan yang menunaikan haji di Makkah, yang bertanyakan mengenai kesahihan maklumat yang tersebar itu.

“Saya tak mahu mendahului Perdana Menteri, tetapi saya tak fikir ada pembubaran Parlimen dan tak mungkin pengumuman pembubaran Parlimen dibuat hari ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Arau di sini hari ini. – WD MY