KUALA LUMPUR, 8 Mei – Nafikan….. Pihak Bank Simpanan Nasional (BSN) menafikan ada menawarkan Tabung Usahawan yang kononnya menyediakan peruntukan RM200,00 hingga RM400,000 kepada usahawan terpilih.

“Ini adalah penyebaran mesej viral yang palsu. BSN tidak pernah menawarkan dana itu atau sebarang bentuk dana pembiayaan seumpamanya kepada pelanggan,” kata bank berkenaan dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Ia merujuk kepada penyebaran mesej palsu yang mendakwa BSN menawarkan kemudahan Dana Infaq dan Solid Cash.

Berikutan itu, BSN membuat aduan kepada pihak berkuasa pada 1 Mac lalu.

BSN menasihatkan pelanggan berwaspada terhadap setiap panggilan, mesej pesanan ringkas (SMS) atau emel yang mendakwa dihantar oleh pegawai BSN jika meminta melakukan transaksi atau perkongsian maklumat peribadi.

“Pelanggan dinasihatkan merujuk kepada institusi kewangan berdaftar jika membabitkan pihak ketiga atau melaporkan terus kepada pihak berkuasa bagi mengelak penipuan,” katanya. – WD MY