KUALA LUMPUR, 30 Jun – Setiausaha Akhbar Menteri Dalam Negeri, Brig Jen Datuk Fadzlette Othman Merican
memaklumkan bahawa helikopter yang dinaiki Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang didakwa berlegar-legar di Pulau Sebatik, Kalimantan semalam, tidak menghadapi masalah seperti dilaporkan oleh akhbar harian Indonesia, Kompas.

Sebaliknya, helikopter itu tidak mendarat dilokasi ditetapkan disebabkan keadaan padang becak yang boleh menyebabkan helikopter tidak stabil apabila mendarat.

“Oleh itu juruterbang meminta izin daripada menteri untuk beredar dari situ dan cadangan itu dipersetujui menteri.

“Helikopter itu kemudian beredar dan menuju ke destinasi seterusnya ke Pulau Nyamuk,” katanya ketika diminta mengesahkan kejadian itu.

Akhbar Kompas melaporkan helikopter berkenaan kelihatan menghadapi kesukaran mendarat dan menarik perhatian anggota Tentera Nasional Indonesia (TNI) yang bersiap sedia memberi bantuan.

Fadzlette berkata ketika kejadian, Ahmad Zahid dalam lawatan kerja untuk meninjau semua balai polis di pedalaman Sabah.-Sharini Abdulah (WD MY)

LEAVE A REPLY