KUALA LUMPUR, 26 Sept – Ditemui Mati….. Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R Munusamy mengesahkan tiga beranak ditemui mati dalam sebuah unit pangsapuri di Taman Sri Sinar, Segambut di sini, tadi dipercayai menjadi mangsa bunuh.

Munusamy berkata, mayat lelaki berusia 34 tahun ditemui dalam bilik utama, manakala mayat dua anaknya iaitu bayi lelaki berusia tujuh bulan dan anak perempuan berusia tiga tahun ditemui dalam bilik berasingan.

“Mayat kanak-kanak dan bayi ditemui dalam dua bekas di bilik terbabit. Pemeriksaan awal mendapati mayat mangsa lelaki tidak mempunyai sebarang kesan kecederaan.

“Polis mengklasifikasikan kes ini sebagai kes bunuh dan disiasat mengikut Seksyan 302 Kanun Keseksaan,” katanya. – WD MY

LEAVE A REPLY