KUALA LUMPUR, 13 Jan – Hujan…. Keadaan di Semenanjung diramalkan mendung pagi ini. Menurut portal Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), ia membabitkan Kota Bharu, Kelantan; Senai, Johor dan Cameron Highlands, Pahang.
Bagaimanapun, keadaan dijangka berubah di sebelah petang di tiga negeri itu. Hujan dijangka berlaku di beberapa tempat di Kelantan dan Pahang manakala, beberapa tempat di Johor dijangka dilanda ribut petir pada sebelah petang.
Pada sebelah malam pula, cuaca dilaporkan baik di semua tempat di Semenanjung, Sarawak dan Sabah. – WD MY