MELAKA, 18 Nov – Tiga Elemen………… Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Dunia Melayu ┬áDunia Islam (DMDI) harus melihat tiga elemen bagi mengagung serta memartabatkan semula Melayu dan Islam di peringkat yang lebih tinggi.
Menurut beliau, tiga elemen itu adalah berpijak di bumi nyata, merancang masa depan untuk Generasi Y dan Z bagi tempoh 50 tahun akan datang serta tidak hanya bernostalgia untuk mengembalikan keagungan dan kemasyhuran bangsa dan agama.
“Bangsa kita akan dihormati jika bangsa kita paling maju di dunia, manakala agama kita akan terus dihormati jika terus menjaga dan mengamalkan rukun Iman dan Islam tanpa mengetepikan agama lain.
zahid-melaka1
“Kombinasi Melayu dan Islam adalah kombinasi yang terbaik dengan menterjemahkan ketiga-tiga elemen yang dinyatakan itu.
“Mungkin agak berat untuk kita mengungkap perkara yang kita tak pasti 50 atau 100 tahun akan datang, tapi tak mustahil dengan kepemimpinan DMDI yang merangkumkan orang Melayu dan Islam daripada 20 negara, adalah akar tunjang yang mengagungkan semula orang Melayu, insya-Allah,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Konvensyen DMDI ke-17 di Hotel Hatten, malam tadi.
Sebanyak tiga kertas kerja dibentangkan pada konvensyen berlangsung selama dua hari, yang dihadiri seramai 1,000 peserta dari 20 negara anggota itu.
Pada majlis perasmian itu, Ahmad Zahid turut dianugerahkan Anugerah Mansur Syah, anugerah tertinggi DMDI yang disampaikan Presiden DMDI, Tan Sri Mohd Ali Rustam.
Tambah Ahmad Zahid, untuk menjadi bangsa dan agama yang paling maju di
dunia, Melayu dan Islam harus berpijak di bumi yang nyata.
Selain itu, katanya, masa hadapan generasi Y dan Z perlu dirancang dengan
relevan serta menjadi bangsa dan agama yang paling teragung dan tersohor dengan
tidak hanya bernostalgia pada kisah silam semata-mata.
“Elemen untuk memartabatkan Melayu dan Islam ini perlu dilaksanakan DMDI
kerana dengan kombinasi ini kita akan kekal menjadi bangsa dan agama yang
tersohor dapat dikekalkan,” katanya.
Beliau berkata dalam usaha mengagungkan Islam dan Melayu, agama dan bangsa
lain tidak seharusnya diketepikan malah perlu dihormati agar keharmonian di
negara ini sentiasa terjaga.
Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata sekiranya bangsa Melayu
ingin terus maju mereka perlu mengubah sikap mereka yang suka mencemuh bangsa
dan bahasa sendiri.
Beliau berkata bahasa Melayu harus memainkan peranan sebagai bahasa lingua
franca di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan sebagai alat komunikasi di
peringkat antarabangsa.
“Ini apabila Melayu berucap dengan bahasa Inggeris di PBB dengan lidah
Melayu dikatakan tidak hebat…jangan mencemuh diri Melayu sendiri, ubah sikap
jika mahu tersohor dan masyhur,” katanya.
Beliau berkata bangsa lain tidak akan menghargai bangsa Melayu sekiranya
mereka tidak menghargai apa yang ada pada diri mereka sendiri. – WD MY