PARIS, 29 April – Di Dakwa…. Ke semua tiga orang didakwa membekalkan senjata kepada militan yang melancarkan serangan pada 2015 ke atas pasar saya Yahudi di Paris dan majalah satira Charlie Hebdo, kata sumber perundangan.

Mereka termasuk Samir L, dipercayai ada kaitan dengan penjualan senjata kepada penyerang pasar raya selain Miguel M dan Abdelaziz A, yang terbabit dalam penyeludupan senjata antara Belgium dan Perancis.

Tujuh orang didakwa berhubung serangan itu. Penyerang memiliki pelbagai senjata termasuk senapang dari Slovakia.

Penyiasat cuba meneliti bagaimana militan Amedy Coulibaly memperoleh senjata yang digunakan dalam serangan ke atas pasar raya itu pada 9 Januari 2015.

Coulibaly membunuh empat orang selepas menjadikan pembeli sebagai tebusan. Unit elit polis menembak mati Coulibaly ketika menyerbu bangunan itu.

Serangan itu antara sebahagian keganasan selama lima hari di Paris yang bermula dengan serangan terhadap pejabat majalah Charlie Hebdo yang mengorbankan 12 orang. – WD MY