PATTANI, 12 Mei – Mati Ditembak….Tiga orang mati ditembak dalam kejadian
berasingan di wilayah bergolak Pattani, selatan Thailand pada pagi ini dan malam
tadi.

Menurut Ketua Polis Wilayah Pattani Mej Jen Pol Thanonsak Wongsupa berkata, dalam
kejadian 11 pagi tadi, dua lelaki berusia 18 dan 21 tahun mati ditembak ketika
sedang menaiki motosikal di Yaring.

“Kedua-duanya mati selepas ditembak menggunakan pistol pada jarak dekat,”
katanya kepada media dan menurutnya motosikal mangsa turut dilarikan oleh
penyerang tidak dikenali.

Polis bimbang motosikal yang dicuri itu akan dipasang dengan bom dan
digunakan dalam serangan akan datang, katanya.

Thanonsak berkata dalam satu lagi kejadian pada 11 malam tadi, seorang
pengawal keselamatan kampung mati ditembak ketika pulang daripada menjalankan
tugas dan polis sedang menyiasat motif kejadian. – Sharini Abdulah (WD MY)

LEAVE A REPLY