LYON, Perancis, 11 Ogos – TEMUI….. Tiga pendaki Itali ditemui mati di puncak Mont Black, Pergunungan Alps Perancis, tiga hari selepas mereka mendaki puncak tertinggi di Eropah itu, kata pasukan penyelamat.

Polis perkhidmatan penyelamat gunung menjumpai mayat Luca Lombardini bersama abangnya serta tunang berada di tempat berhampiran tetapi mayat mereka masih belum boleh dibawa pulang. – WD MY