KUALA LUMPUR, 30 Nov – Ambil Berat…….. Kerajaan mengambil berat tiga perkara dibangkitkan dalam Perhimpunan Agung sayap UMNO hari ini, iaitu yang menyentuh persiapan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), masalah kos sara hidup serta kenaikan mendadak harga rumah disebabkan peningkatan kos bahan mentahnya kataDatuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri berkata perkara itu sememangnya menjadi keutamaan kerajaan pada masa ini, apatah lagi dalam suasana ekonomi yang tidak menentu dan mencabar.

Beliau yang juga Naib Presiden UMNO, turut memuji ketiga-tiga sayap Wanita, Pemuda dan Puteri yang terus membawa isu ini ke peringkat tertinggi, sekali gus membuktikan kepemimpinan UMNO di semua peringkat dengar akan rintihan dan keluhan rakyat secara keseluruhannya.

“Kos sara hidup ini adalah isu yang menghubungi (banyak dibangkitkan) kalangan kepemimpinan akar umbi dan kini dilaungkan jurucakap ketiga-tiga sayap. Saya ingin menyatakan bahawa kepedulian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terhadap usaha mengatasi masalah ini harusnya berfokus kepada kumpulan sasaran.

“Ini adalah legasi Perdana Menteri dalam pengenalan dasar ekonomi dan sosio-ekonominya, masalah ini harus didepani oleh kita secara serius,” katanya pada sidang media selepas selesai meninjau perjalanan perhimpunan tiga sayap itu di tiga dewan berasingan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini. – WD MY