KUALA LUMPUR, 20 Julai – Utama……Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menekankan tiga perkara utama yang perlu ditangani ketika ini iaitu kos sara hidup, pengangkutan dan perumahan.

Beliau berkata kerajaan komited untuk menyelesaikan masalah perumahan dan kerajaan melalui Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) akan mengadakan kerjasama pintar dengan sebuah syarikat untuk membina rumah di kawasan kumbahan yang dahulunya di bawah Indah Water Konsortium Sdn Bhd untuk dijadikan kawasan perumahan.

Ahmad Zahid berucap demikian pada majlis sambutan ulang tahun SPNB ke-20 dan Majlis Jamuan Hari Raya SPNB di ibu negara, hari ini. – WD MY