KUALA LUMPUR, MAC 25 :TIGA…Menteri Kewangan II, Datuk Johari Abd. Ghani menggariskan tiga petua bagi memastikan kedudukan koperasi terus kukuh, membangun dan maju.

Beliau berkata, tiga perkara utama iaitu modul perniagaan baik, pengurusan cekap dan badan urus tadbir yang baik perlu ada dalam setiap koperasi.

“Pemfokusan sesuatu perniagaan sangat penting dalam memastikan perusahaan itu mencapai kejayaan.

“Bagaimanapun, sesuatu perniagaan yang popular dan disambut baik tidak akan berkekalan jika tiada pengurusan cekap selain badan urus tadbir (lembaga pengarah) untuk memantau koperasi itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Persidangan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) Wilayah Persekutuan di sini, hari ini.-MY WD