KUALA LUMPUR, 20 Mei – Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata
kemampuan negara antara tiga prinsip utama yang disandarkan Kementerian Pertahanan
bagi pembelian sebarang aset pertahanan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11).

Menurut Menterinya, dua lagi prinsip adalah pembelian aset bergantung kepada
ancaman semasa selain pendapat dan keputusan bersama daripada pihak-pihak
berkepentingan seperti industri pertahanan serta Angkatan Tentera Malaysia.

“Apa jua aset yang kita beli perlu ada hubung kait dengan ancaman yang kita
hadapi … kerana ancaman hari ini berbeza dari ancaman dahulu seperti
kemunculan (kumpulan militan) IS dan sebagainya,” katanya secara ringkas kepada
media di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Hishammuddin diminta mengulas mengenai jangkaan pembentangan RMK11 oleh
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak esok.

Antara perkara yang diberi tumpuan dalam RMK11 adalah berkaitan kos sara
hidup, pendidikan, keselamatan, pengangkutan awam dan infrastruktur luar bandar.
-Sofea Nawar (WD MY)

LEAVE A REPLY