STOCKHOLM, 8 April – Serangan….. Sekurang-kurangnya tiga terbunuh hari ini apabila sebuah trak merempuh gedung beli-belah di pusat bandar raya ini.

Tiga terbunuh dalam rempuhan itu manakala, tembakan dilepaskan. Orang ramai yang berada di tempat kejadian melarikan diri.

Beberapa mangsa dibawa menaiki ambulans dan siaran langsung televisyen menunjukkan kepulan asap keluar daripada gedung yang dirempuh trak itu.

Polis Sweden berkata mereka menerima panggilan berhubung individu yang mencederakan orang ramai memandu kenderaan di Jalan Drottinggatan.

Jurucakap polis, Towe Hagg berkata, berlaku kecederaan ke atas sejumlah mangsa namun tidak dapat mengesahkan sebarang kematian – WD MY