KUALA LUMPUR, 6 April – Pihak Polis menahan empat individu, termasuk tiga warga Nigeria dan merampas 3.1 kilogram syabu dalam serbuan di Sunway Damansara, di sini malam tadi.

Kejayaan operasi yang dijalankan Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING), Bukit Aman itu diumumkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar melalui akaun Twitter rasminya.

“Syabas STING@PDRMsia gempur dadah di Sunway Damansara (malam) tadi. Tahan empat orang termasuk tiga warga Nigeria dan rampas 3.1 kilogram Syabu. #GoPDRMGo,” katanya. – Sofea Nawar (WD MY)

LEAVE A REPLY