PUTRAJAYA, 31 Ogos – Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyarankan Gen X dan Y
bekerjasama menangkis pelbagai isu dan cabaran yang melanda negara.

Menurut Timabalan Perdana Menteri, antara cabaran itu termasuk penjajahan minda yang menimbulkan
kekeliruan di kalangan kedua-dua generasi itu.

“Negara-negara membangun kini dilanda penjajahan minda dan Malaysia tidak
terkecuali. Sehubungan itu, rakyat Malaysia, khususnya Gen X dan Y harus
mengadakan kerjasama dan bersatu.

“Hanya dengan adanya semangat patriotisme di kalangan kita, saya yakin semua
bangsa, agama dan budaya dapat disatukan.

“Atas nama patriotisme, kita dapat membentuk sebuah negara bangsa, dengan
kepelbagaian tetapi dalam satu penyatuan yang jitu,” katanya.

Ahmad Zahid berkata semasa berucap menutup Program Kembara Kasih Merdeka 2015 hari ini.

Tambah beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata pusat pentadbiran kerajaan di sini
akan dibanjiri 5,959 buah motosikal sempena Hari Kebangsaan pada tahun depan.

Beliau yang juga Pengerusi Eksekutif Superbikers Association Malaysia
berkata program itu boleh menyemai dan meningkatkan semangat patrotisme di
kalangan rakyat.

“Program bermotosikal boleh tingkatkan perpaduan. Sebaik kita menunggang
motosikal, kita akan lupakan perbezaan,” katanya sambil menyarankan kementerian
lain mengadakan program untuk meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan
rakyat Malaysia.-Suraya Ahmad (WD MY)

LEAVE A REPLY