KUALA LUMPUR, 14 Nov – Timbalan Perdana Menteri ?Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini
?amat terkejut dan sedih dengan insiden serangan pengganas yang telah mengorbankan banyak nyawa di Paris.

Menurut Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri, Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan demikian. 

Malaysia juga tidak bertolak- ansur dengan apa jua bentuk kegiatan keganasan di dalam dan luar negara serta akan memastikan negara ini akan terus memainkan peranan aktif dalam membendungnya daripada terus berleluasa, kata beliau dalam satu kenyataan sebentar tadi.?

Ahmad Zahid mengucapkan sekalung takziah dirakamkan kepada keluarga dan rakan mangsa yang terbabit.
?
Kepada rakyat Perancis dan masyarakat Paris, kami di Malaysia turut bersedih, kata beliau. -Suraya Ahmad (WD MY

LEAVE A REPLY