PUTRAJAYA, 24 Sept – Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor Setiausaha Agung UMNO berkata tindakan P?engerusi Akademi Belia Datuk Saifuddin Abdullah yang juga anggota UMNO ?menghadiri pelancaran penubuhan Pakatan Harapan atas sifat peribadi mencetuskan p?ersepsi negatif dan mencemarkan imej UMNO.

?Beliau berkata walaupun Saifuddin yang merupakan bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi hadir atas sifat peribadi namun tindakan itu tidak wajar kerana ia menjejaskan imej UMNO, parti tonggak kepimpinan negara dan mengeruhkan keadaan.

?”Hari ini, kita berdepan dengan masalah persepsi. Kita perlu pastikan apa yang kita lakukan tidak mengeruhkan keadaan dan tidak memberi masalah kepada parti serta kerajaan. Oleh itu, kita perlu menentang dan membetulkan tanggapan ini dalam perspektif yang sewajarnya.

?”Itulah sebabnya saya tidak menghadiri perhimpunan baju merah (16 Sept) sungguhpun banyak pihak yang marah dengan saya. Sebagai setiausaha agung BN, saya perlu sensitif. Saya tidak boleh menghadiri acara yang boleh mencemarkan imej parti atau membawa tanggapan negatif dan mewujudkan kekeliruan.
?
Tengku Adnan yang juga Menteri Wilayah Persekutuan, diiringi i?steri beliau Datin Seri Anggeraini Sentiyaki, menghadiri majlis sambutan Hari R?aya Aidiladha di Depoh Perbadanan Putrajaya hari ini.?
?
?”Sebagai anggota UMNO, anda perlu tahu etika dalam UMNO. Anda tidak boleh melakukan perkara yang menjejaskan parti,” katanya.

Menurut ?Tengku Adnan, UMNO telah memberi surat tunjuk sebab kepada Saifuddin, yang juga bekas Anggota Parlimen Temerloh, dan beliau mempunyai 14 hari untuk memberi maklum balas.

?Apabila ditanya sama ada Saifuddin akan dipecat daripada parti, Tengku Adnan berkata: “Saya tidak tahu. Lembaga Displin akan memutuskan tindakan selanjutnya.”? – Suraya Ahmad (WD MY)
?

LEAVE A REPLY