KUALA LUMPUR, 6 Mac – Tindakan…. Negara lain akan mengambil tindakan sama seperti Malaysia jika mana-mana individu terus mempersoalkan kredibiliti dan kedaulatan sesebuah negara.

Tindakan itu merujuk kepada keputusan Malaysia untuk mengusir Duta Korea Utara di sini, Kang Chol ke negara asalnya.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata seluruh negara di dunia mengetahui tindakan Malaysia berbuat demikian atas dasar kewajaran untuk terus memelihara kedaulatan dan undang-undang negara.

“Saya sudah buat kenyataan yang mengatakan tindakan duta itu sebelum ini sebagai biadap.

“Apa yang diluahkan (oleh duta itu) berdasarkan pertimbangan apa?, mungkin Kang Chol melihat ia (kenyataannya sebelum ini) sebagai tanggungjawab beliau kepada pucuk pimpinan di Korea Utara.

“Paling penting, kepentingan dan pendirian negara kita. Sekiranya rakyat bersama kita, tiada siapa boleh memperlekehkan dan memperkotak-katikkan negara kita,” katanya ketika di Lobi Parlimen, di sini hari ini. – WD MY