KUALA LUMPUR, JAN 8: LAPORAN POLIS…. Pergerakan Pemuda UMNO mengesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tidakan segera ke atas Eric Liew yang didakwa telah menghina bekas Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.

Ketuanya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dasuki berkata, ratusan laporan polis telah dibuat terhadap Eric Liew semalam.

Sementara itu, Dr. Asyraf Wajdi berkata, tindakan majikan Eric, Cisco ASEAN membuat permohonan maaf secara terbuka dan menyatakan bahawa Eric Liew tidak lagi bekerja di syarikat berkenaan selepas Pemuda UMNO menghantar bantahan perlu menjadi iktibar kepada semua.

“Pemuda UMNO tidak teragak-agak untuk melakukan tindakan dan desakan serupa terhadap mana-mana warga yang tidak menghormati Institusi Raja-Raja Melayu, kedudukan Islam dan Perlembagaan Persekutuan.

“Harap pihak polis juga segera bertindak atas ratusan laporan polis yang dibuat kelmarin,” kata Dr. Asyraf Wajdi dalam satu kenyataan hari ini.  -MY WD