PUTRAJAYA, 26 Jan – TINDAKAN…… Pihak KPDNKK akan mengambil tindakan terhadap pihak yang menjual dan mengedar susu rumusan bayi disyaki tiruan dalam rampasan di sekitar Johor Bahru, Johor pada Disember lepas akan dibuat selepas laporan akhir siasatan diperoleh, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Beliau berkata kementeriannya masih menunggu laporan akhir daripada beberapa agensi dan jabatan seperti Jabatan Kesihatan dan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).

“Kalau mereka melakukan kesalahan, kami akan mengambil tindakan ke atas mereka. Laporan terakhir tidak bermakna hanya datang daripada satu jabatan atau agensi. Siasatan melibatkan bebarapa agensi,” katanya dalam sidang media hari ini.

Hamzah terdahulu menghadiri Majlis Pelancaran dan Advokasi Garis Panduan Pematuhan Standard Keselamatan Bateri Sekunder. – WD MY