SERDANG, 16 April – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata
Interpol Global Complex for Inovation Inauguration yang berpusat di Singapura akan
meningkatkan kerjasama antara Asia dan membantu Aseanapol dalam memerangi
jenayah siber di rantau ini.

Menurut Ahmad Zahid, “Masih ada negara-negara yang berfikiran analog tetapi penjenayah
menggunakan cara-cara digital. Oleh itu, pemikiran dan pengguna analog kena
tukar kepada digital kerana kita perlu mengakali mereka.

“Komitmen negara Asean dan Asia harus diterjemahkan bukan sekadar peralatan
tetapi juga memberikan latihan kepada pegawai dan anggota polis di negara di
rantau ini.

Ahmad Zahid ditemui media selepas Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang
Kementerian Dalam Negeri 2014 hari ini.

Tambah beliau, “Kita juga boleh berkongsi maklumat dan laporan siasatan kerana penjenayah
mempunyai rangkaian antarabangsa dan ini perlu ditangani secara silo *bukan
sahaja) dalam negara tetapi rantau.”

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata PDRM menahan 95 rakyat Malaysia yang berpotensi
menjadi pengganas dan terlibat dalam kumpulan militan IS setakat ini.

Menurut beliau, bilangan itu bertambah daripada 93 orang pada 6 April ketika
pembentangan Rang Undang-Undang Pencegahan Keganasan (POTA) 2015 kepada 95
orang.

Pihak polis sedang melakukan pemantauan terhadap individu dan
kumpulan yang disyaki terlibat dalam IS melalui sosial media dan alam maya yang
menjadi saluran komunikasi antara ahli-ahli kumpulan militan.

“Kita menghantar pasukan risikan untuk memantau kegiatan mereka..kita tidak
boleh tangkap mereka begitu sahaja tanpa menyiasat mereka,” katanya.
– Sofea Nawar (WD MY)

LEAVE A REPLY