NILAI, 1 Mei – Hadiah…… Kolej Tunku Kurshiah (TKC) hari ini menerima sebuah bas sumbangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang akan menjadi pengangkutan rasmi untuk pelajar mereka.

Kunci bas itu diserahkan kepada Pengetua TKC, Anismah M Noh daripada Presiden Persatuan Murid-Murid Tua TKC, Tan Sri Rafiah Salim dan disaksikan Rosmah yang juga alumni TKC.

“Dengan pembelian bas ini, pelajar akan dapat bergerak dengan lebih selesa dan selamat,” kata Rosmah semasa berucap di Program Kembali ke Sekolah Rai Kecemerlangan dan Keunggulan TKC, di sini hari ini.

Selain itu, Rosmah juga mengharapkan sokongan berterusan daripada kerajaan, pentadbiran sekolah, ibu bapa dan pelajar bagi memastikan standard yang dilakar TKC sebagai Sekolah Berasrama Penuh Terbaik dapat dikekalkan.

“Ini (sokongan) penting kerana ianya menentukan hala tuju TKC sebagai sebuah institusi pendidikan yang berupaya melahirkan modal insan yang berkualiti,” katanya.

Selepas majlis penyerahan, Rosmah mengambil kesempatan mengelilingi kawasan sekolah tersebut dengan menaiki bas itu. – WD MY