KUALA LUMPUR, 23 Julai – TAMATKAN…. Telekom Malaysia Bhd (TM) memutuskan untuk menamatkan kerjasamanya dengan Tenaga Nasional Bhd (TNB) bagi membangunkan bersama cadangan terperinci Pelan Fiber Seluruh Negara (NFP).

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, TM bagaimanapun berkata, penamatan kerjasama itu tidak akan menghalang ia daripada menimbang kerjasama lain dengan TNB sekiranya terdapat peluang perniagaan pada masa depan yang akan memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.

TM dan TNB memeterai satu Memorandum Persefahaman bagi tujuan ini pada 16 Januari lalu. – WD MY