KUALA LUMPUR, 10 Feb – Bersedia….. Tunku Ismail Sultan Ibrahim, memberi bayangan sedia mengetuai Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dengan menerima pencalonan bagi jawatan presiden pada Kongres Pemilihan ke-53 badan induk itu, 25 Mac ini.

“Mereka adalah orang yang baik. Saya seorang yang angkuh, tetapi perbezaan antara kami adalah mereka memerlukan wang, kedudukan dan kemudian membunuh impian anda.

“Saya mempunyai sumber untuk memenuhi impian anda,” katanya TMJ.

Mengenai perkara pertama akan dilakukan apabila memasuki bangunan FAM sekiranya menerima pencalonan dan berkemungkinan menjadi Presiden FAM, TMJ menjawab dengan cukup sinis: “Tidak hairanlah neraka kosong. Semua ada di sini.”

Mengenai beberapa individu yang berhasrat menjadi presiden badan induk itu, TMJ berkata: “Maksud anda proksi Menteri Belia dan Sukan? Saya rasa cukup menyedihkan untuk melihat kami perlu bergaduh dengan badan induk dan beberapa individu hanya untuk menyelamatkan bola sepak.”

Justeru, beliau meminta peminat bola sepak tempatan berfikir dengan bijak seperti seorang jeneral yang dalam ‘Indian Army’ yang memberitahu beliau supaya jangan memandang rendah kuasa ahli politik terdesak.

Katanya, mereka sanggup melakukan atau mengatakan apa saja untuk mengekalkan kedudukan dan memanipulasi minda yang tidak bersalah untuk kepentingan peribadi.

Mengenai perancangannya, TMJ berkata: “Seorang anggota `Special Forces’ tidak akan mendedahkan rancangannya melainkan anda seorang berpangkat kehormat.”

Semua calon terbabit perlu mengesahkan untuk menerima pencalonan sebelum 13 Februari ini dengan senarai akhir bertanding akan diumumkan pada mesyuarat Exco FAM, 20 Februari ini. – WD MY