KUALA LUMPUR, 1 Dis – TAWARAN…. Tenaga Nasional Bhd menerima surat setuju terima tawaran daripada Suruhanjaya Tenaga untuk membangunkan loji fotovoltaik solar berskala besar, 30 MWa.c. di Bukit Selambau, Kedah.

TNB memenangi kontrak itu daripada proses pembidaan kompetitif yang dikendalikan oleh Suruhanjaya Tenaga, kata syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia.

“Surat setuju terima tawaran itu memerlukan TNB memenuhi tanggungjawab tertentu, termasuk menyiapkan rundingan dan pelaksanaan dokumen projek, sebelum Suruhanjaya Tenaga mengeluarkan surat rasmi pemberian projek berkenaan,” kata syarikat utiliti nasional itu. – WD MY