BANGSAR, 4 SEPT – NAFI…. Tenaga Nasional Bhd (TNB) menafikan bekerjasama dengan individu yang menawarkan perkhidmatan pemasangan sistem solar di masjid dan surau seperti yang ditularkan dalam media sosial.

TNB dalam kenyataan hari ini bagaimanapun berkata bahawa anak syarikatnya iaitu GSPARX Sdn Bhd, ada menawarkan skim pemasangan sistem solar tanpa modal awalan kepada semua pelanggan komersial dan industri yang layak termasuk masjid dan rumah ibadat.

Menurut kenyataan itu, skim yang dinamakan Solar Energy Purchase (SEP) membolehkan pelanggan menikmati penjimatan bil melalui penjanaan tenaga suria di atas bumbung.

Untuk rekod, TNB mempunyai pegangan dalam GSPARX menerusi anak syarikat milik penuhnya, TNB Renewable pula mempunyai 100 peratus kepentingan dalam GSPRAX.

Maklumat lanjut mengenai perkhidmatan yang ditawarkan GSPARX boleh didapati di laman sesawang www.tnb.com.my/solar, www.gsparx.com atau emel ke enquiry@gsparx.com. – WD MY