BALIK PULAU, APRIL 12:HAPUSKAN…Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Balik Pulau mengumum tol motosikal jambatan Pulau Pinang hapus jika Barisan Nasional menang negeri itu.

Najib berkata, janji itu adalah tambahan kepada manifesto BN sebelum ini yang turut menjanjikan 65,000 rumah mampu milik kepada rakyat Pulau Pinang.

 “Kita juga sedia menambah bilangan rumah mampu milik yang dijanjikan akan dibina sekiranya berjaya merampas negeri ini.

“BN mempunyai rekod dan kemampuan melaksanakan semua janji yang dibuat, bukannya seperti kerajaan negeri yang mempunyai 51 janji yang belum ditunaikan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Balik Pulau Bersama Perdana Menteri yang dihadiri kira-kira 10,000 penduduk di sini, hari ini.

Majlis turut dihadiri Pengerusi BN Pulau Pinang, Teng Chang Yeow dan Pengerusi UMNO negeri, Datuk Seri Zainal Abidin Osman.-MY WD