SINGAPORE, 20 Okt – ASEAN tolak cadangan halalkan penggunaan dadah….. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa ASEAN sebulat suara menolak cadangan menghalalkan penggunaan beberapa jenis dadah yang dikatakan boleh menjadi usaha mengekang masalah dadah di rantau ini.

Pendirian itu diputuskan dalam Mesyuarat Menteri ASEAN Mengenai Perkara Berkaitan Dadah (AMMD) Kelima di Singapura, hari ini.

“Semua negara anggota berpendirian bahawa cadangan itu tidak dapat dilakukan berikutan terdapat kajian menunjukkan peningkatan peratusan tinggi penggunaan dadah di negara yang membenarkan penggunaan sesetengah dadah.”

“Kami (ASEAN) berpendirian cadangan itu tidak dapat dilakukan kerana kajian mendapati terdapat peningkatan peratusan agak tinggi di negara yang membenarkan penggunaan sesetengah dadah

“Ini menyebabkan kita berpendapat ia tak dapat diterima sebagai acuan yang boleh direla paksa. Dalam hal ini kami bersependapat acuan ASEAN sesuai untuk ASEAN.

“Dalam hal ini kami bersatu hati dan bersatu pendirian untuk menolak cadangan berkenaan kerana dalam soal dadah ini ia harus zero tolerance (sifar toleransi).”

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri AMMD.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, semua pegawai kanan dalam AMMD juga mengambil ketetapan apa yang dicadangkan oleh Singapura iaitu untuk mempelajari antara semua negara anggota dalam usaha menangani masalah penyalahgunaan dadah. – WD MY