PUTRAJAYA, 29 Ogos – Kunjungan Hormat….. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menerima kunjungan hormat rakan sejawatnya dari Thailand iaitu Timbalan Perdana Menteri Thailand, merangkap Menteri Pertahanan Jeneral Prawit Wongsuwan.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri mengadakan mesyuarat tertutup di antara ke dua negara.

Hadir sama iaitu, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Sri Alwi Ibrahim, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Sri Abdul Rahim Mohamad Radzi, Ketua Pengarah Imigresen Datuk Mustafar Ali dan delegasi dari Thailand.

Fokus mesyuarat adalah mengenai aspek keselamatan yang mana telah dipengerusikan bersama kedua negara. Antara isu yang dibincangkan adalah aspek ekstradisi, kerjasama imigresen, deradikalisasi penganas dan pengurusan sempadan serta pengangkutan. – WD MY

LEAVE A REPLY