KUCHING, 5 Nov –  LAWATAN…..Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA)  untuk lawatan kerja sehari ke bandar raya ini.

Pesawat khas yang membawa Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri tiba di KIA dan beliau disambut oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak Datuk Dr Sim Kui Hian.

Dalam lawatan kerjanya itu, Ahmad Zahid dijadual merasmikan Program Ekspresi Negaraku di Dataran Perayaan, Jalan Stadium, Petra Jaya pagi ini.

Pada tengah hari pula, beliau dijadual melakukan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak sebelum menamatkan lawatan kerja itu. – WD MY