ALOR SETAR, 24 Feb – PERJUMPAAN…. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ┬ámengadakan perjumpaan khas dengan kepimpinan Barisan Nasional (BN) Kedah di Bangunan UMNO malam tadi.

Ketibaan Ahmad Zahid yang juga Timbalan Pengerusi BN disambut Menteri Besar Kedah merangkap Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dan Timbalan Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Mahdzir Khalid yang juga Menteri Pendidikan.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), kemudian mendengar Taklimat Persiapan 2.0 Menuju Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) BN Kedah di ibu pejabat UMNO Kedah, yang disampaikan Setiausaha Kerja UMNO Kedah, Datuk Nasir Murad.

Beliau yang berbaju kemeja berkolar biru BN kelihatan ceria dan bersemangat memasuki dewan yang dipenuhi barisan kepimpinan BN Kedah.

Taklimat tertutup terbabit dimulakan dengan majlis makan malam sebelum Ahmad Bashah yang juga Pengerusi BN Kedah memberi ucapan dan disusuli amanat Ahmad Zahid.

Ahmad Zahid pagi ini bakal merasmikan Ekspo Muafakat Kedah di perkarangan Stadium Darul Aman, di sini, yang akan berlangsung hingga 3 Mac.

Selepas itu, beliau akan menghadiri Mesyuarat Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kedah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah sebelum berlepas pulang. – WD MY