BEIJING, 26 Sept — PERTEMUAN…… Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Hal Ehwal Politik Pusat dan Undang-Undang, Parti Komunis China Meng Jianzhu di ibu negara ini pada Selasa.

Pertemuan antara Ahmad Zahid dan Meng berlangsung kira-kira sejam di pejabat Hal Ehwal Politik dan Undang-Undang di sini.

Terdahulu, Ahmad Zahid menghadiri majlis perasmian Perhimpunan Agung Ke-86 Interpol i Pusat Konvensyen Kebangsaan China di sini.

Majlis itu dirasmikan Presiden Republik Rakyat China (PRC) Xi Jinping.

 

Ahmad Zahid yang diiringi isterinya Datin Seri Hamidah Khamis tiba di China pada Isnin untuk lawatan kerja tiga hari.

Lawatan beliau itu atas undangan Menteri Keselamatan Awam China Guo Sheng Kun.

Lawatan Ahmad Zahid ke China berobjektif mempereratkan lagi hubungan dua hala dan meningkatkan kerjasama antara kedua-dua negara dan juga dengan negara anggota Interpol.

Beliau turut mengunjungi Guo di Rumah Tetamu Negara Diaoyutai pada 4.40 petang.

Kemudiannya di venue sama, timbalan perdana menteri akan mengadakan pertemuan berkumpulan dengan Meng Jianzhu dan Presiden Interpol Meng Ho Wei selama kira-kira setengah jam sebelum menghadiri majlis makan malam Interpol. – WD MY