TELUK INTAN, 11 Mac – RAMAH MESRA….. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menghadiri Majlis Ramah bersama warga pendidik petang tadi.

Ahmad Zahid yang tiba pada pukul 5 petang disambut Pengarah Pendidikan Negeri Perak Datuk Mat Lazim Idris.

Pada majlis itu, Ahmad Zahid turut bersalaman dan beramah mesra dari meja ke meja bersama kira-kira 800 guru yang merupakan pengundi berdaftar Bagan Datuk.

Dalam ucapan ringkas, Ahmad Zahid menyeru pengundi dari kalangan warga pendidik supaya memilih kerajaan sedia ada bagi meneruskan kelangsungan projek pembangunan yang kini sedang giat dilaksanakan.

“Sekarang ini, sebanyak 38 projek pembangunan sedang dan telah dilaksanakan di daerah ini.

Segala (program) pembangunan tidak akan datang dari langit, kita harus berusaha. Segala peruntukan itu datang dengan jawatan saya, bukan ambil kesempatan tapi demi untuk penduduk Bagan Datuk,” katanya. – WD MY