PUTRAJAYA, 8 Ogos – Ikrar…… Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini hadir ke Majlis Ikrar Bebas Rasuah Jabatan Imigresen Malaysia.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri tiba ke ibu pejabat Imigresen Putrajaya Pada pukul 9.45 pagi.

Beliau disambut Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustapha Ali dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Datuk Azam Baki.

Hadir sama Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Alwi Ibrahim dan ketua-ketua jabatan KDN.