KOTA BHARU, 21 Julai – Hadir…. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahidi Hamidi, tiba di Kompleks Yayasan Kemiskinan Ketereh (YKK) bagi menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat.

Ahmad Zahid tiba di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Ketereh disambut dan diiringi 1,000 anak muda dengan berkonvoi menggunakan motosikal berkuasa tinggi sambil membawa bendera UMNO.

Petang ini, Timbalan Perdana Menteri akan menghadiri majlis Sambutan Aidilfitri anjuran Badan Perhubungan UMNO Kelantan di Dataran Rehal, Kota Bharu.

Hadir sama, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamad dan Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa. – WD MY