KUALA LUMPUR, 20 Feb – LANCAR…. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hadir ke Majlis Pelancaran NATSEC Asia 2018.

Ahmad Zahid berkata, pada masa depan, Malaysia mungkin akan memiliki firma keselamatan yang terkenal pada peringkat antarabangsa bagi menghasilkan teknologi berdaya saing.

“Bagi mencapai cita-cita ini, kita perlu meningkatkan program penyelidikan dan pembangunan (R&D) supaya dapat memenuhi keperluan yang kehendaki.

“Saya berharap Datuk Seri Hishammuddin (Hussein) (Menteri Pertahanan) dan KSU (Ketua Setiausaha) bersama KSU saya serta Kementerian Kewangan dapat membiayai penuh program R&D dalam industri pertahanan dan keselamatan,” katanya.

Hadir sama iaitu Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim.