KUALA LUMPUR, 31 Okt – KONGRES….. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hadir merasmikan Kongres Kerangka Standard Bahasa Melayu hari ini.

Kerangka Standard Bahasa Melayu merupakan salah satu dari 14 inisiatif Pemartabatan Pendidikan Bahasa Melayu yang diletak di bawah dasar Memartabatkan Bahasa Melayu.

Objektif adalah membincangkan kerangka standard Bahasa Melayu, berkongsi pendapat dan idea tentang penguasaan kemahiran bahasa Melayu dalam kalangan pengguna bahasa Melayu, membincangkan strategi pelaksanaan KSBM peringkat kebangsaan dan antarabangsa dan menguar-uarkan pembangunan kerangka standard ini kepada masyarakat.