TPM Ahmad Zahid Harap Pasukan Hoki Kebangsaan Menjuarai Kejohanan Piala Asia

0
63

DHAKA, 16 Okt – MENJUARAI……. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap pasukan hoki kebangsaan menjuarai kejohanan Piala Asia yang sedang berlangsung di sini, sekali gus menaikkan semula nama negara dalam sukan itu.

Perkara itu dinyatakan oleh Ahmad Zahid ketika meraikan dan mengadakan pertemuan dengan skuad hoki kebangsaan di sebuah hotel di sini.

Pada majlis itu, beliau menyuntik semangat para pemain dengan memberikan amanat beliau.

Ahmad Zahid turut memberikan imbuhan AS$10,000 (RM42,000) kepada pasukan kebangsaan.

Kejohanan Piala Asia di sini berlangsung mulai 11 hingga 22 Okt. Dalam perlawanan peringkat kumpulan sebelum ini, pasukan negara menewaskan China 7-1 dan juara bertahan Korea Selatan 2-1.

Malaysia akan beraksi dalam perlawanan terakhir Kumpulan B bertemu Oman hari ini. – WD MY