KUALA LUMPUR, 4 Dis – LANCAR…. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini melancarkan kempen ‘Stop Abuse for Everyone for a Safer and Fearless Environment’ (SAFE) bertujuan meningkatkan kesedaran bagi memerangi penderaan terutama berbentuk seksual terhadap kanak-kanak dan wanita.

Dianjurkan oleh Biro Perundangan Profesional Pergerakan Puteri UMNO (Puteri Legal) dengan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan, kempen diadakan bersempena Perhimpunan Agung UMNO 2017 yang akan bermula esok sehingga 9 Dis ini.

Pada majlis itu Ahmad Zahid, Naib Presiden UMNO yang kini menjalankan tugas Timbalan Presiden parti, turut melancarkan lori rasmi skuad SAFE untuk digunakan dalam program jelajah ke seluruh negara. – WD MY