BAGAN DATUK, 17 Feb – RAIKAN….Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama Cheah Siok Liang,  dan ADUN Rungkup, Datuk Shahrul Zaman Yahya  menggaul yee sang ketika berkunjung di kediaman Beh Song Wan sempena sambutan Tahun Baru Cina di Hutan Melintang.

Beh, 55 yang merupakan rakan karib Ahmad Zahid sejak 27 tahun lalu, menyediakan hidangan seperti kari kepala ikan sembilang, udang galah, pecal, mi goreng, pulut panggang serta limau mandarin untuk Ahmad Zahid serta 200 hadirin.

Ahmad Zahid yang juga Anggota Parlimen Bagan Datuk tiba kira-kira 10.10 pagi dan meluangkan masa setengah jam di kediaman Beh sambil beramah mesra dengan anggota keluarga Beh.

Pemimpin nombor dua negara itu turut berkesempatan menggaul ‘yee sang pecal’ bersama-sama anggota keluarga Beh termasuk ibunya Cheah Seoh Lian, 77 yang merupakan ibu angkat Ahmad Zahid. – WD MY