CYBERJAYA 1 Mac – RASMI…. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi merasmikan Ijtimak (Perhimpunan) Majlis Perundingan Islam (MPI) Kebangsaan 2018 hari ini.

Pada majlis itu, sebanyak tujuh resolusi dibentangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan kesemua resolusi tersebut akan dikemukakan ke peringkat Jemaah Menteri bagi tujuan kelulusan.

Resolusi tersebut melibatkan ekonomi, sosial, pendidikan, politik, perundangan, pemikiran Islam dan dakwah. – WD MY