AYER KEROH, 23 Nov – RASMI…. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di sini untuk merasmikan Program Tahunan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Barisan Nasional SeMalaysia (PTIWRBNM) yang berlangsung di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC).

Ketibaan Ahmad Zahid pada jam 8.45 pagi disambut isteri Perdana Menteri yang juga Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI), Datin Seri Rosmah Mansor; Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron dan isteri, Datin Seri Fadilah Abdullah serta EXCO kerajaan negeri.

PTIWRBNM yang berlangsung di Melaka selaku tuan rumah pada tahun ini, bermula semalam hingga Ahad ini.

Sepanjang lima hari program itu, turut diadakan forum motivasi bertajuk ‘Wanita dan Kemasyarakatan’ yang dihadiri lebih 800 peserta, pertandingan badminton dan boling serta majlis makan malam. – WD MY