JELEBU, 9 Julai – Rasmikan….. Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di Dewan D’Sury Kuala Klawang untuk merasmikan Persidangan UMNO Bahagian Jelebu di sini.

Ahmad Zahid yang menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden UMNO tiba pada 2.20 petang, disambut Ketua UMNO Bahagian Jelebu Datuk Jalaluddin Alias dan Penasihat Sosiobudaya Kerajaan Tan Sri Dr Rais Yatim.

Turut hadir Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Timbalan Perdana Menteri turut memeriksa perbarisan yang disertai anggota Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri bahagian itu. – WD MY