KUALA LUMPUR, 9 Ogos – Kunjungan…. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menerima kunjungan hormat Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Rex Tillerson di bangunan Parlimen di sini hari ini.

Ketika kunjungan hormat itu Ahmad Zahid dan Tillerson berbincang dan bertukar pandangan mengenai perkembangan keselamatan dan kerjasama dua hala antara Malaysia dan AS serta isu-isu serantau.

Ia adalah lawatan pertama Tillerson ke negara ini sejak dilantik sebagai Setiausaha Negara di bawah pentadbiran Presiden AS, Donald Trump sejak 1 Februari lalu.

Hadir sama Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Alwi Ibrahim. – WD MY