LAHAD DATU, 14 Dis – TINJAU….Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di Batalion 17 Pasukan Gerakan Am (PGA) di sini untuk lawatan kerja hari ini.

Turut mengiringi beliau, Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman, Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim dan Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.

Timbalan Perdana Menteri akan menghadiri taklimat disampaikan oleh Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESScom) Datuk Hazani Ghazali dan Ketua Pengarah Rela Zulkifli Abidin.

 Selepas itu Ahmad Zahid akan menyampaikan sumbangan kepada Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Ahmad Zahid kemudian akan balik ke Tawau untuk berlepas pulang ke ibu negara. – WD MY