KANGAR 17 Sept. – SYABAS…… Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan syabas kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana telah dapat memberkas suspek-suspek kes kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Kuala Lumpur, 14 September lalu, dalam tempoh kurang 48 jam.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), khususnya Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan yang telah membantu pihak polis dengan menyerahkan bahan-bahan bukti kes tersebut berupa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis mereka.

“Saya mengucapkan juga terima kasih kepada pihak-pihak lain seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat, Rela (Jabatan Sukarelawan Malaysia), APM (Angkatan Pertahanan Awam Malaysia) serta lain-lain agensi yang terlibat dalam kes itu,” katanya. – WD MY