KUALA LUMPUR, 6 April – TAHNIAH…. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan tahniah kepada Muhammad Aznil Bidin berikutan kejayaan ‘badang Malaysia’ itu menghadiahkan pingat emas kedua kontinjen negara pada Sukan Komanwel Gold Coast 2018.

Ahmad Zahid mahu semua at‏let kebangsaan supaya terus berusaha bersungguh-sungguh untuk mengharumkan nama Malaysia di GC2018.

“Tahniah #TeamMAS Emas kedua buat negara. Syabas & terima kasih Muhammad Aznil Bidin. Ayuh terus mara demi harumkan nama Malaysia. #GC2018 #Negaraku,” katanya menerusi akaun Twitter rasminya.

Pingat emas kedua negara itu diperoleh selepas Aznil melakukan angkatan seberat 126kg bagi acara snatch, manakala bagi acara clean & jerk, dia mengangkat bebanan 162kg.

Pingat perak diraih atlet Papua New Guinea, Morea Baru yang memberikan saingan sengit kepadanya. – WD MY