KUALA LUMPUR, 16 Dis – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan takziah kepada keluarga Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun atas pemergian isterinya di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) malam tadi.

Allahyarham Puan Sri Azizah Hamdi, 58, yang mendapat rawatan di PPUM akibat sakit kanser meninggal dunia pada jam 7.02 malam.

“Dukacita terima berita isteri kepada IGP Tan Sri @Fuzi_Harun, Puan Sri Azizah Hamdi kembali ke Rahmatullah. Takziah kepada seluruh ahli keluarga, semoga dicucuri rahmat Allah SWT. Al Fatihah. @PDRMsia,” kata Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri menerusi laman Twitter dan Facebook .

-WD MY